SMS – 0179433478 / 019-9548267

Posts tagged “Nasir Ali

My lovely Bokeh Element

FALL IN LOVE FROM THE FIRST TIME I LAID MY EYE ON YOU

D80 + Nikon AF NIKKOR 50mm f/1.8D + Sis Bokeh ( double finger top and botton)











My Lovely Beauty With Anonymous Name.

This Grass have a beauty flower
with red and white when light has come.

But I don’t know what of it name.

Hope somebody can’t tell me.

I just named it as
My lovely Bokeh Element
Picture taken by : Tjlens and Friend's
<< MORE >>
Advertisements

Photographer Am I?

Dia : “Hebat la ko sekarang ni.. Famous dah… ”
Aku : “Famous? Kenapa?”
Dia : “Ko kan photographer.”
Photographer??
Photographer itu apa?? atau Jurugambar. Tukang tangkap gambar pula siapa dan mengapa? aku tidak kenal istilah itu. yang aku paham, Mereka yang mengambil gambar. bukan cita-cita aku untuk Bersebahagian dari mereka. aku cuma manusia yang sukakan seni. katanya, “Glamor la ko sekarang.. Tip Top. SuperB. Ko kan Otai, Sifu, Masta photographer.” Mengarut!!.

Dasarnya Aku cuma berminat pada lukisan. Mata ini suka pada Seni. Sungguh teruja aku melihatkan karya dari mereka yang ternama. Aku cuba untuk berkarya dengan melukis dan melukis. Dengan harapan akan seperti mereka pada suatu waktu nanti. Namun ape yang terhasil dariku hanyalah lakaran semata2. Ternyata tanganku keras. Sabarku cuma sejengkal dalam nilai sabar jiwa remaja antara dewasa. ahhhhh… Terkubur cita-cita untuk jadi pelukis yang tinggi nilai karyanya. Biarkan saja cita-cita berbakat tinggi ini mati. Namun Minat hati dan jiwa yang penuh emosi pada Lukisan tidak mampu untuk aku Bunuh. Hari dan hari ianya makin subur tanpa perlu dibajai. Mata ini suka pada Seni. Ianya Hidup dalam diri tidak hanya sehari.

Satu waktu. Terlihat dan Melihat hasil dari seorang rakan sekerja/sahabatku melalui lamannya di internet… WAH!!!… Sungguh kegilaan aku bermula. Begitu TUBA yang dilemparkan kepada mindaku. Sungguh Terkagum aku. Ya Permainannya Membekukan pemikiranku pada luasnya Legar Ruang. Bermula dari saat itu. Kecintaanku bermula. Image dari alat perakam cahaya. Paparan rakaman sejarah sedetik yang berpanjangan nilainya.
Dulu, Internet dan Komputer tak semudah hari ini. Dalam Keterhadan komputer berinternet, Setiap kali bertemu aku pada Komputer yang berinternet. Setiap kali itu juga aku akan ke laman beliau Menikmati Karya2 dari Beliau. Berjam-jam mengamati hasil2nya. Sungguh, Berbisa sungguh karya-karyanya. aku kagumi Penghasilan Beliau. Aku kagumi Bakat beliau.

Melalui gambar-gambar kepunyaannya. kecintaanku bertambah lagi saat melihat hasil dari seorang sahabatnya. kedua mereka mempunyai sentuhan yang berbeza dan tersendiri. Sekalipun mereka keluar mengambil gambar bersama. Melihatkan keadaan ini, baru aku faham. Tidak semata-mata lokasi, keadaan, atau kecantikan yang menjadikan gambar itu cantik dan menarik. ianya bergantung pada si perakam. Ya… Perakamlah yang mengesan dimana dan bagaimana untuk membuatkan Cantiknya pada sekeping gambar itu Menonjol dengan gaya yang tersendiri. Dari situ aku belajar melalui melihat, mengamati, memahami dan mengkaji gaya permainan dari mereka. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan gaya penyampaian tersendiri.

Penghujung 2006.
Program D3D@Terengganu oleh kerajaan negeri Terengganu di lahirkan bagi anak2 negeri Terengganu. Satu Program pendedahan kepada dunia 3D. Satu program Pembangunan MODAL INSAN yang sangat cemerlang nilainya. Tahniah kepada mereka yang Melahirkan program ini. Tahniah juga kepada mereka yang mengkafankan Program ini. Mengebumikan program seperti ini merugikan kotak minda anak bangsa yang masih dikotakkan. Semuanya kerana Idiologi mereka di hiraki tertinggi dalam susur galur lapisan masyarakat Negeri. Secara Peribadi aku Berharap Program seperti ini diwujudkan lagi demi anak Bumi.
Empat Tahun aku di Program ini. bermula dari pelajar kepada pekerja. Dari D3D@Terengganu kepada Redang Digital Sdn Bhd. Banyak yang aku belajar darinya. Bagaimana untuk menghasilkan satu siri Animasi 3D. Wow!! Lot of Process. Dari Idea kepada Konsep kepada Storyline kepada Script Kepada Storyboad Kepada Voice Recording kepada 3D modeling kepada 3D Prop kepada 3D Set kepada Animation Staging Kepada Character Rigging kepada 3D Animation kepada 3D Lighting Kepada 3D Rendering kepada Video Editing kepada yang tak terbilang prosesnya disini sehingga kepada Marketing. Sungguh ianya tak semudah mata yang menontonnya. Tahniah kepada Redang Digital Sdn Bhd Kerana beberapa siri yang dihasilkan telah pun dipertontonkan di kaca tv kepada penghuni bumi yang menerima siaran RTM. Teruskan Usaha Kalian.
Julai 2010 aku tinggalkan mereka. Terima Kasih Tiada Tara untuk Redang Digital Sdn Bhd. Sejuta Kemaafan aku minta. Sampai sini saja kemampuanku bersama kalian. Kemampuanku terhalang kerana Kecintaan aku telah lama aku Kerinduan. Sampai waktu untuk aku sendiri melangkah walau dalam jatuh tersungkur rebah tercalit luka berparut untuk kenangan dan sempadan atau batasan berbenteng agar aku terus maju dan mengerti Ertinya hidup.

Che Ku Affendi.
You are my Great GURU. You Create Me. You Build Me. You always in my BioHD/BioRAM/BioProcessor. AlwayS…….

Dalam aku di Program tersebut, Kecintaanku tidak pernah terkubur. Masih seperti sebelumnya. Kedua mereka masih lagi menjadi tempat untuk aku melepaskan kerinduan pada kecintaanku. Melalui gambar2 mereka berdua aku melihat Image seorang yang tak asing bagi rakyat Terengganu. Gambar Seorang Ustaz bersama Kamera di rakam mereka. ternyata Ustaz ini tidak hanya Tinggi Ilmu agamanya bahkan Karya yang terhasil dari kamera kepunyaan beliau sungguh membuatkan Kecintaanku Makin Gila. Menggila. Tergila-gila pada hasil dari ketiga-tiga mereka. Mereka Kejam. Mereka Pendera. Mereka Pemeras. dan Mengapa aku merelakan Kebuasan mereka. Ahh… Jiwa aku kesakitan teramat sangat.

Aku juga ingin Berkarya seperti mereka. Apakan daya. Untuk Menghasilkan Penghasilan seperti mereka, menuntut alat perakam cahaya canggih dan pula tinggi megapixelnya. Sungguh tidak termampuku pada nilai matawang pergantian bagi memilikinya. Bertahun aku ikuti perkembangan mereka bertiga. Mengamati, merasai, menilai dan memahami berterusan. Tak tertahan aku untuk memiliki alat seperti mereka untuk turut sama Berkarya. Sungguh aku Terseksa Sungguh-sungguh pada TUBAan mereka.

Nah!!… Awal 2009.
Alat Perakam Cahaya Berjaya dimiliki aku. Badan dan kotaknya jelas tertera tulisan Nikon D80. ini Cintaku. Nikon D80 yang aku miliki ini adalah Nasihat dari sahabat aku tadi. Berkali2 beliau menghalang aku dari membeli Kamera D40 dan D60 yang jauh lebih murah. Kini aku mengerti mengapa beliau Menghalang. D80. ye Nikon D80. Sama seperti kepunyaan Beliau. Nikon D80 kebanggaanku.

Merasai sendiri bagaimana perasaan ketika merakam dari Kaca lensa 18-135mm asas bagi Kamera Nikon D80 adalah satu pengalaman yang sungguh aku tak jangkakan Nikmatnya ia. Bermula aku berkarya dengannya. Namun untuk mencapai tahap Senilai karya mereka Bertiga aku memerlukan Waktu. Waktu yang tidak Sehari, Seminggu, Sebulan atau Setahun untuk pengalaman dan pengumpulan Ilmu agar aku mampu meletakkan nilai Karyaku senilai karya2 mereka bertiga. Namun aku sedar dan mengerti dalam memahami. Satu Perkataan. Membangkitkan seseorang. SABAR. Hanya Kesabaran menjadi dasar. Terus aku meneruskannya secara berterusan sehingga ke saat ini.

1 x 1 x 1 x 1 x 360 menjadi formula untuk aku maju diri. Sehari sekeping gambar wajib aku olah. Hasilnya aku persembahkan di internet untuk satu tahun. agar ada komentar dari mereka yang berpengalaman. Belajar dari Kritikan mereka. Kritikan membina dan Kritikan Hancing Hanyir Kelat Pahit semua aku telan dengan segala rasa payah. Akhirnya. Satu rasa yang tiada perumpaan lisan kata apabila diantara karya-karyaku di sukai dan di terima oleh mereka bertiga. Satu Rasa yang gagal aku terapkan dengan penulisan. Mungkin hanya dengan melihat tindak balas otot2 di mukaku saja dapat menggambarkannya. Cukup jika hanya mereka yang menyukainya. itu sudah memadai bagi aku. walaupun selain mereka mengatakan karyaku hanya sampah semata. Hamba Hargainya GURU.

Dan sekarang. Rabu, 12 Januari 2011. Menulis aku pada dada WordPress.com. Menulis setelah penat mengolah gambar Perkahwinan yang aku rakam pada hari besar mereka. Menjadi Perakam untuk satu majlis hari besar pasangan pengantin adalah tidak mudah seperti lidah yang mengatakan “ambik gambar je… bukan payah pun”. “alah senang je la… tekan je punat pada kamera. itu je kan?.” “cehh… Sampai riban-riban harga untuk satu pakej? Melampau.” “Hello Bro…. ambik gambar org kawen pun nak bising-bising ke bro?” “Photographer konon.” begitu lancang lidah bodoh mereka mengeluarkan bunyi dari peti suara yang robek menjadikan ianya Suara. Dan bagi aku, mereka seperti ini sama seperti burung Tiong yang tahu mengucapkan ‘Hello’ tanpa mengerti atau faham pada ayat dari mereka yang berbangsa English. Sorry bro… Gua bukan photographer Bro… Gua cuma membantu dengan berkhidmat untuk pasangan yang meminta khidmat secara rakaman Image Pegun. Kalau gua photographer, takdak dah gua nak layan pasangan yang cuma bayar ratusan ringgit yang berkepala 5 dan kebawah untuk gua berkejar ketempat majlis mereka. Bersekang mata mengolah sekeping demi sekeping catatan sejarah mereka, Memberi ruang pada permukaan Cakera Keras Komputer Gua untuk Ratusan gambar mereka yang tak kurang besar kapasitinya. Menjaga sejarah mereka dari kehilangan Agar boleh diminta kembali oleh Waris Anak Cucu mereka. Meneliti Kualiti Cetakan terbaik untuk tatapan mereka anak beranak, Menyusun dengan Kemas penuh Kekemasan dan Teliti dengan Penelitian pada gambar mereka di setiap Halaman Album yang gua datangkan emosi gua sendiri.
Come On Man!… Don’t Yelling That You Look Idiot and Blind When You See From The Your Great Eyes.

Walaupun begitu berkata Sang Tiong tajam lidahnya. Kepada si Angin, Let it be.
Kata2 dari Pasangan Pengantin yang aku rakamkan sejarah mereka lebih Bermakna, tiada senilai Nilai Matawang yang membutakan Hati Jiwa Mati. Kepuasannya bukan pada apa yang mereka bayar untuk penuhkan poket berhabukku. Setiap kali Karya dariku aku persembahkan. Raksi atau tindak balas emosi yang terpancar pada Wajah mereka saat pertama kali membuka halaman Album mereka adalah satu kepuasan dan Kemenangan bagi aku. TAHNIAH KAWAN BARUKU. SELAMAT PENGANTIN BARU.

Disini aku hari ini. Ya aku disini hari ini. Aku di sini kerana mereka bertiga. ketiga-tiga mereka aku gelarkan sebagai TIGA GURU. Terima kasih Guru. Dan aku kenalkan mereka pada kalian. NASIR ALI KUPIH dan USTAZ AZAHAR. Sekiranya Guru membaca ini, Hamba pohon dari Guru, Redhoi Segala pengaliran Ilmu pada Hamba sekalipun diluar Ketahuan dan Sedar GURU, Jasa Guru2 takkan hamba lupa. Semoga Guru Berkati dan diHalalkan segala ilmu Guru bagi sandaran Hamba bersandar. Hanya Doa dapat dibalas Hamba. kepada GURU, GURU dan GURU.

Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Berkatilah Hidup, Panjangkanlah Umur, Permudahkkanlah Segala Urusan mereka GURUku NASIR ALI KUPIH dan USTAZ AZAHAR. Kasihi mereka ya Allah. Sayangi mereka ya Allah. Pandangilah wajah mereka ya Allah. Engkau yang menghidup dan engkau yang mematikan. aku yang memohon. aku yang meminta. Amin…….

Satu Detik yang takkan aku lupakan. satu detik yang penuh makna. detik dimana, Subject rakaman tidak lagi menjadi focus bagiku. Satu Detik Kebersamaan Kami. Voice Just Nothing
Perkongsian Bumi, Langit, Angin, Udara, Suasana, Senyum Tawa pada Detik yang sama Bersama
TIGA GURU. dan aku Dikelilingi Mereka. Sungguh ia satu Anugerah tiada Tara sepanjang Hidup.

Aku cuma Manusia yang hanya ingin Berlukis seperti GURU HAMBA YANG TIGA.
Berlukisku dengan cahaya. Kamera Canvasku. Komputer berusku.
Salahkah aku untuk melukis?
Photographer? itu Mimpi yang membina Impianku dengan penuh Harapan.