SMS – 0179433478 / 019-9548267

Posts tagged “Kartini H.s

Emotional two color White and Black

This slideshow requires JavaScript.


Eye Of Sorrow. oleh Kartini H.s : – menceritakan seekor Orangutan yang dipenjarakan. di pintu besi Orangutan memangku dahinya pada rod besi. Pandangannya KOSONG. Jauh. Kesalahan sehingga dipenjarakan adalah kerana manusia. Manusia memerlukannya. sebagai balasan dari keperluan manusia. Penjara Mandatori mungkin baginya. Tidakkah ini pencabulan Hak Asasi? Kejam?…. Tidak…. ini cuma Lumrah Alam Hiraki Teratas, BERKUASA!!. Klik untuk Info tambahan

Apa yang ingin dikongsikan disini sebenarnya bukanlah pada Spesis The Great APE ini. Aku cuma ingin kongsikan bagaimana Warna memberi kesan emosi pada gerak rasa manusia. Sebelumnya memang telah aku lihat foto ini dalam bentuk biasa Kamera Digital masa kini. Berwarna. “sedihnya mamat ni” itu ketika pertama kali melihat foto ini. hari ini, Seolah ada satu desakan yang mendesak, memaksa-maksa supaya aku menulis tentang gambar yang bersentuhkan pada warna Classic. Warna moyang photography.
Beliau, Kartini H.s telah menanda aku pada gambarnya di Facebook. Gambar yang sama, namun kali ini ianya tiada warna. hanya asas kepada image. Hitam dan Putih. kali ini, Benar-benar aku merasakan. Meresap masuk kedalam diri. mengapa manusia sebegini kejam. Penyiksaan kepada Makhluk lain. ‘Mamat sedih di pintu besi’ tidak lagi binatang. yang aku nampak, ianya INSAN. ianya berperasaan. Beremosi. Punya Jiwa. dan jelas. INSAN ini sedang tersiksa. foto Monochrome sangat Memberi kesan pada jiwa manusia berbanding foto gabungan RGB, Cantuman CYMK dan sebagainya. Ini lah yang memaksa aku supaya menulis. Kuasa HITAM PUTIH. YIN YAN. warna KEHIDUPAN.

Lihat dua gambar di bawah.
warna dari Kamera Digital Canon 5D Mark II.


Hitam dan Putih setelah dibuang warnanya. 



Warna dan monochrome di dekatkan

 

Apa yang anda rasakan ketika melihat kedua-dua gambar diatas? tidakkah anda merasakan lambat untuk merasai emosi yang dipamirkan Insan pada gambar Berwarna? adakah gambar hitam putih lebih cepat menyerap. dan  lebih mudah untuk melihat keseluruhan gambar secara total. Kenapa hal ini terjadi? sebabnya mudah.

 

lihat gambar di bawah. 2 dalam 1.

 

pasti anda akan melihat pada kotak kiri atas sebelum kepetak lainnya dan keseluruhannya. Betul? Sekarang.

perhatikan apa yang ada pada keseluruhan setiap kotak.

mulakan dari kiri atas kebawah, tengah bawah keatas dan kanan atas ke bawah.

 

 

secara logiknya mata akan lebih rehat pada kotak hitam putih berbanding kotak yang berwarna. Mata terlalu cepat berinteraksi pada warna. Dalam waktu yang sama Otak akan menjadi sibuk saat menerima maklumat yang banyak dari mata sekaligus. otak akan bekerja keras untuk mengasingkan dan mengelaskan kumpulan warna. semakin terang warna semakin cepat mata akan terarah padanya. setelah otak mengenalpasti apa pada warna terang itu. barulah ianya akan ke warna yang lebih gelap. semakin banyak kumpulan warna. semakin banyak penafsiran yang akan dilakukan oleh otak. ini memenatkan. otak yang penat akan memberi kesan kepada Emosi. seterusnya. ini adalah penderaan kepada otak anda.

Lihat tiga gambar di bawah.

|

|

|

|

|
|

|

|

|

|

|

|

|
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|
|
|
|
|
|
|
|
|

 

sungguh meriah warnanya.. Ceria? ada yang mengatakan warna warni dapat mewujudkan suasana Riang dan ceria. Ya. Jika kemas aturannya. Jika terlalu padat? seperti gambar diatas. hanya warna sahaja yang kelihatan. Insan kelihatan dibelakang warna. apakah mood anda ketika melihatnya? mendamaikan? Sayu? Sedih? berikut adalah yang membuatkan anda kurang selesa dengan gambar diatas. Warna memberi makna tersendiri. ianya juga dikaitkan pada Gerak laku seseorang. diantaranya :

Merah : mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran.

Oren : kegembiraan dan keceriaan.

Kuning : mempengaruhi intelektual dan membuat keputusan

Hijau : menenangkan

Biru : Mendamaikan, Kebebasan.

Unggu : Kebijaksanaan. Mewah.

Hitam : Misteri, Tersendiri, Bergaya, Rahsia.

Putih : Suci, Bersih, Jujur.

Bayangkan. begitu banyak perkara yang terpaksa di tafsir otak pada satu masa saat mata melihat meriahnya warna pada satu tempat. Sibuk. Kalut. semuanya inginkan keputusan yang segera.

Apa kata kita lihat pula gambar-gambar 2 unsur warna sahaja. asasnya hanya Putih… warna kebaikan, kemurnian, kebersihan. kemudian dicampur dengan satu unsur lain. rasai mood nya.


lihat tiga gambar monochrome dibawah.








Merah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hijau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biru

 

 

 

 

 

 

bagaimana? apakah mood anda ketika melihat gambar yang hanya punyai 2 unsur warna? rilexs? point of view lebih jelas. sekali mata melihat, dalam jangka masa yang sekejap sudah mampu untuk kita melihat dimana Shadow, Midtone dan Highlight nya.

Antara yang terbaik untuk mempamer dan memberikan Emosi kepada si pelihat adalah dua warna iaitu Hitam dan Putih. Gabungan warna Exclusive dan Purity. Warna yang digunakan oleh mereka yang terdahulu dalam Photography untuk sekian lama. sekalipun arus gambar berwarna telah lama bersaing dengannya. B&W tetap menjadi pilihan kebanyakan. Ianya Kekal Lama. Nilainya Semakin hari Semakin Tinggi. Seorang pengantin bertanya. ” kenapa gambar saya ada yang hitam putih? ini kan zaman digital. kalau zaman nenek saya boleh juga saya terima” begitu lisannya. dalam senyum aku balas ” gambar Digital untuk awak. Hitam Putih untuk cicit awak. tengok balik gambar hitam putih 5 tahun dari sekarang.” die tersenyum tanda mengerti.

 


Terima Kasih kepada Kartini H.s untuk Eye Of Sorrow. Ini Hebat.