SMS – 0179433478 / 019-9548267

Lisan Mata Bagi Jiwa

HOME

Khidmat Pertama Tj Lens.

Mengenangkan saat pertama mengambil gambar perkahwinan. Jantung Berdegup kenchang, Otak Berhempas pulas. Dalam Rumah pengantin yang sempit. Bersama tetamu yang mengerumuni Pelamin Pasangan Sejoli. Keadaan Bersesak-sesak. Menghimpit. Bingit. Suasana Membahang… Terlalu Menghangatkan jasat. Peluh memercik dari seluruh liang romaku. Tak ku sedar. Ntah kemana aku tumpahkan ia. Bermandi peluh umpama berlari 7 lautan. Tubuh dan minda terlalu Aktiv. terkejar, mengejar, dan dikejar. Begini Rupenye.

Satu Waktu :
‘alah.. ambik gambo org kahwen je. letak mate kat kamera. lepas tuh. tekan punat. CLIK!! CLIK!! CLIK!!.. Siap..’

Rupe-rupenye tak semudah yang disangka. Terlalu banyak benda. Memang penuh perkara. Perlu bertindak dalam satu masa… Saat langkah kaki bergerak perlahan dicelah-celah keramaian. Sereblum, Serebrum dan Modula Oblongata pantas menghantar, menerima dan menakul maklumat.

“lepas ni nak buat ape?.. pengantin dan duduk atas kerusi.. kandid je dulu..”
“eh eh makcik ni.. membebel plak die..”
“ehhHHhH budak kecik ni.. Aku lempang jugak ni kang..”
“bro.. bagi line la skit.. org bayar ni woit..”
“alamak.. baju pengantin penuh peluh.. tak lawa bile dalam gambo”
“tak boleh duduk kat sini.. Angle tak lawa. kene duduk sebelah sane baru cun”
“pengantin pulak payah nak posing… Keras.. tak boleh. tak boleh jadi ni..
kene slow talk ngan mamat ni kejap ni.. fuuHhHhH nasib baik mamat ni sporting.. Cool”
Semua benda melintas, bersimpang, bercabang, berputar menerjah minda. otakku kini penat.

Tak ku sangka. terlalu banyak tenaga diperlukan untuk pekerjaan ini. Tenaga empat kerat. Tenaga pemikiran.

Ader yang berkate “LIMA RATUS RINGGIT???!!! MAHAL GILER.”
Mahal ke RM500 ringgit?.. Ini Sejarah ataupun riwayat hidup anda… Permulaan perjalanan matang hidup anda.
Pelamin RM2000.. malam karang tuan die dah angkut balik.
Kenduri RM10000 Habis time tu jugak..
Hantaran RM5000.. Tak sampai 3 tahun.. “kat Mane ek kasut tumit tinggi saya tu Bang?”

Gambar 80 keping RM500.. Simpan elok2.. Untuk anda bercerita kepada cicit anda..
“ini la moyang time muda2 dulu.. Hensem tak?”

HOME

2 responses

  1. hidayah

    assalamualaikum…

    Boleh tak kirenya saye nak tau samada gambar ntuk kahwin nanti… pengantin bagi sikit idea diaorang nak ambik gambar macam mane….duduk cam ni… posing camtu….yer ler… takut juger nanti di katernyer pengantin ni lelebih plak yerk… untuk kepuasan bersama juga… pasal bayaran saya xkisah.. yg penting.. puas hati…tapi xsemua la… ader la 2 3 gayer yg bakal pengantin ni teringin sgt nk posing gitu….huhuhuhu.. sekian wassalam…..

    18/03/2011 at 6:55 PM

    • ini yang kami suka.
      kalau tak pada hari tu, bila lagi agaknya pengantin boleh bergaya ikut kehendak sendiri?
      dan ini juga sangat membantu tugas kami. dan anda berhak meminta itu ini. asalkan yang termampu dijayakan oleh pihak kami.
      saya secara peribadi menyokong anda… baru best!!!.. sporting habis aterrrrr!!! ye saya sokong.
      *kami merujuk kepada si perakam gambar.

      20/03/2011 at 1:22 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s